Make your own free website on Tripod.com

VISI DAN MISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGASEH LAHAD DATU


Visi Sekolah


MENCAPAI KECEMERLANGAN YANG BERTERUSAN DALAM SEMUA ASPEK PENDIDIKAN BAGI MEMENUHI KEHENDAK DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020


Misi Sekolah

1
Mencapai tiga terbaik peringkat Bahagian Tawau dalam tempoh tiga tahun (2003) dan kedudukan lima terbaik peringkat negeri Sabah dalam tempoh lima tahun (2005)
2
Mendapat pensijilan MS ISO 9002 pada tahun 2001
3
Mencapai taraf sekolah Bestari pada tahun 2005
4
Mencapai taraf ‘E - School’ pada tahun 2005

Objektif dan Dasar Sekolah

Pihak sekolah adalah komited untuk memberikan perkhidmatan pendidikan berkualiti bagi memastikan pelajar di sekolah ini iaitu dari tingkatan peralihan hingga tingkatan enam mencapai keputusan akademik dan gerak kerja luar yang cemerlang. Organisasi ini juga melaksanakan perkhidmatannya dengan cara memenuhi spesifikasi perkhidmatan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Staf guru dan kakitangan yang lain berusaha memberi perkhidmatan dengan penuh rasa tanggungjawab, dedikasi dan toleransi untuk memastikan kepuasan pelanggan iaitu pelajar, ibu bapa, guru, kakitangan sekolah yang lain, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta masyarakat amnya.

Pihak pengurusan akan memberi latihan dan motivasi secara berterusan kepada semua staf untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Input pelanggan diberi perhatian yang serius bagi tujuan tersebut.

Falsafah dan Nilai Sekolah

“Bahawa plajar-pelajar di sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi untukmeningkatkan mutu dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosinya. Oleh itu seluas-luas peluang akan diberi kepada mereka ke arah pembentukan rakyat Malaysia yang berilmu, dinamis, progresif, beradab dan berketrampilan sesuai dengan motto sekolah “Ilmu Pelita Hidup”.

“Bahawa guru-guru di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan iktisas untuk memberi bpendidikan yang sampurna serta berkualiti kepada setiap pelajar sekolah ini “ dan

“Bahawa guru-guru akan bekerjasama berjuang dengan penuh dedikasi dan kesungguhan berasaskan hati yang ikhlas untuk membantu pelajar-pelajar mempertingkatkan prestasi dalam kedua-dua bidang akademik dan ko-kurikulum, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan terdidik berakhlak mulia demi kesempurnaan dan kejayaan bangsa dan negara Malaysia”.