Make your own free website on Tripod.com



Sejarah Ringkas Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh


Tarikh ditubuhkan : 1965
Jenis Sekolah : Harian
Gred Sekolah : A
Lokasi Sekolah : Luar bandar
Kod . Sekolah : XEE3117
Jenis pelajar : Campuran
 

Merupakan sekolah menengah gred A luar bandar. Luas kawasan 28 ekar. Terletak kira-kira 3 km dari pekan Lahad Datu ke arah jalan Tungku/ Silabukan.

Ditubuhkan pada tahun 1965. Nama asalnya ialah Government Junior Secondary School (GJSS) dan Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantarnya. Pada tahun 1970 namanya ditukar kepada Sekolah Menengah Lahad Datu. Kemudian pada tahun 1976 nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh. Nama ‘AGASEH’ digunakan sempena nama Ketua Anak Negeri Daerah Lahad Datu yang pertama iaitu Datu Agaseh.

Pada awal penubuhannya, keseluruhan operasi dan pentadbirannya dijalankan (menumpang) pada sesi petang di Sekolah Rendah Pekan Lahad Datu (SK Pekan I, Lahad Datu). Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kelas Peralihan. Pelajar tingkatan satu dimulakan pada tahun 1967.

Bangunan-bangunan Blok A, B dan C yang ada sekarang sahaja yang digunakan sebagai bangunan pentadbiran dan pembelajaran. Pada tahun 1976, tingkatan empat dibuka. Pada tahun 1977, semua pelajar tingkat empat yang baru mendaftar menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris hanya diajar sebagai salah satu mata pelajaran wajib. Aliran Bahasa Arab ditawarkan kepada beberapa orang pelajar tingkatan satu yang terpilih mulai tahun 1994.

Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh mempunyai sebuah sekolah cawangan dengan jumlah pelajar tingkatan satu seramai 250 orang. Sehingga akhir tahun 2005 jumlah keseluruhan pelajar sekolah ini ialah seramai 2000.

Bermula dari tahun penubuhannya sehinggalah ke tahun 2005 ini, SMK. Agaseh telah ditadbir oleh Sebelas orang pengetua dan seorang Ketua Guru yang bertindak sebagai pemangku,iaitu En Thanabalan Amayappen. En. Yeoh Sek Goh merupakan pengetua yang ke Sebelas.