Make your own free website on Tripod.com
 
 
Ucapan Alu-aluan,
En.Yeoh Sek Goh
Pengetua Smk Agaseh,
Lahad Datu Sabah
 



 

Salam Sejahtera,

Syukur dan berterima kasih,kerana laman web sekolah telah dapat dilancarkan,Sebagai pengetua SMK Agaseh yang ke sepuluh,Saya amat berbesar hati kerana usaha untuk menempatkan laman web sekolah telah berjaya direalisasikan.Pengaruh globalisasi dan perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang sangat ketara. Cara kita bermasyarakat, melaksanakan aktiviti ekonomi dan berurusan telah dan akan terus berubah dengan pesatnya.Begitu juga dalam bidang pendidikan amnya.

Segala usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum sentiasa menjadi fokus utama setiap kakitangan sekolah demi merealisasikan impian SMK Agaseh sebagai sebuah sekolah cemerlang.Aspek-aspek budaya sekolah,kecerian,disiplin dan sahsiah pelajar turut diambil kira sebagai elemen yang penting.

Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah juga telah mendapat bantuan dan sokongan bukan sahaja daripada Kementerian Pelajaran Malaysia,Jabatan Pelajaran Sabah,Pejabat Pelajaran Gabugan,pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru bahkan masyarakat setempat turut bergerak serentak dalam usaha menaikan nama SMK Agaseh sebagai salah sebuah sekolah yang terkenal di peringkat negeri khasnya dan negara amnya. Dengan ini , adalah menjadi harapan seluruh warga SMK Agaseh,jika para pelawat dapat memanfaatkan maklumat yang tertera dalam laman web sekolah.

Akhir kata,terima kasih kerana melayari laman web SMK Agaseh.Semoga segala ilmu dan maklumat yang diperolehi dapat memberi faedah kepada semua pengguna.
 

Ke Arah Kecemerlang SMK Agaseh


( Yeoh Sek Goh )
Pengetua
SMK Agaseh
Lahad Datu,
Sabah